just bce je.. sje je na kongsi ap yg aq dpt ni..



Assalamualaikum…
Entry ni kita bincang pasal nikah khitbah atau kahwin gantung.Bukan aku ye nak kahwin gantung ni.Aku calon pun takdo laie ni.Bosan betul la sedara asyik tanya,”Kau bila lagi Faiz,calon dah ado ke blom”…Wahai pakcik dan makcik ku blom ado laie.Nak recommend sape-sape sila kan.heheh.Buat entry ni pun sebab sepupu aku baru kahwin.Nikah khitbah ni.
Aku cuma nak bincang pasal kahwin gantung dari segi pro and cons dia.Bagi aku kahwin gantung ni memang bagus.Yela kos tak banyak sangat.Nak buat majlis kahwin biasa bukan sikit. At least 30k tak lari.Kadang-kadang orang yang nak kahwin ni bukan tak mampu.Cuma wang terkumpul untuk majlis kenduri takde.Betul la cakap sepupu aku tu,”Bila dah suka sama suka apa nak ditunggu lagi,kahwin je la.”…Dia dah kerja walaupun aku tengok belum stable lagi.Tapi boleh la tanggung isteri sikit dengan gaji dia.
Sekaarang ni couple ni dah macam perkara wajib aku tengok.Ada yang bahas tentang isu couple haram la.Kebanyakan aku tengok couple ni memang dah jatuh haram pun.Dia buat couple dia tu dah macam suamiisteri pulak dah.Pegang sana sini.Ada tu bertudung,sopan tapi sebab dieorng mengamalkan prinsip kasih-sayang macam dah kahwin semua benda nak buat.Pegang sana sini.Tolong pukul punggung la sebab ada habuk.Aku paling tak boleh terima kalau ada orang terlanjur alasan dia,”Dia janji nak kahwin dengan saya nanti”..Tula bahana berkasih sayang sangat…Bila orang dah besar tak payah la kita nak tegur banyak-banyak.Dah bosar panjang dah.Sendiri boleh fikir baik buruk.Bila dah jadi apa-apa sendiri tanggung la.
So,nikah khibah ni atau kahwin gantung ni salah satu jalan penyelesaian untuk elak zina dan dosa lain.Tapi takdela aku galakkan semua orang nak kahwin gantung.Kita kena fikir gak dari segi kewangan kita.Mampu ke nak bagi anak orang tu makan nanti??Memang bab kahwin dah lepas.Dah sah.Tapi tanggungjawab sebagai suami tu kena fikir gak dari segi nafkah.Cuma dalam hal ni kalau suami tu kurang mampu.Kena si isteri bantu sekali.Saling bantu- membantu.Jangan la amalkan konsep.Duit ko duit ko.Duit aku duit aku.Tak faham betul aku tengok pasangan suami isteri yang asing-asing duit ni.Bukan apa.Nak asing boleh untuk simpanan tapi kalau dah suami terdesak apa salah dibahagi sikit gaji tu sikit.
Keburukan kahwin gantung ni cuma satu je.Mungkin ada orang tak tahu yang orang tu dah kahwin.Mungkin boleh bawak fitnah.Selalunya orang kahwin gantung ni dia akan buat makan ala-ala open house je untuk family.Jiran-jiran tu takde diajak.Tapi sepupu aku akan buat kenduri gak nanti tahun depan.Cuma satu persoalan aku yang takde kena mengena dengan kahwin gantung ni.Kenapa ramai orang kahwin sehari sebelum tunang dulu??Nape kena ada majlis pertunangan?Kahwin terus apa salahnya kan.Ni mesti adat punya pasal kot.Layan kan saje.

No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim..
leave words here..
may Allah bless u..