~Duhai Sekeping Hati ~

 
 
 
Bila hati mulai merasakan betapa rasa rindu itu menusuk kedalam jiwa,
mulai resah dan rasa gusar, 
takut tidak dapat menjaga hati ini,
daripada bisikan dari syaitan .
 
Tapi aku yakin ini bukan bisikan dari syaitan,
 ini semua rasa kurniaan Allah,
aku terima degan redha ,
jika rasa ini membuatkan aku lebih dekat dengan Mu.
 
Ya Allah, jika ini suratan Mu untuk diriku yang hina ini, 
aku pasrah akannya,
jika ini yg harus ku lalui untuk mendapatkannya,
meskipun banyak halangan akan ku cuba untuk tempuhinya.
 
Ya Allah, 
Sungguh aku sgt mencintainya,
cintainya dalam diam tanpa meluahkan  perasaan itu,
seperti mana ku lakukan pada diriku yg dulu.
 
Kini,
aku merasai betapa rindunya & betapa sakit mencintai,
seseorang secara diam,
tapi aku terima dengan redha .
 
Tapi,
aku redha akanya, 
kerana aku ingin merasai KEBAHAGIAAN & KEINDAHAN,
apabila tiba masanya kelak. 
 
Ya Allah, 
Sungguh aku tidak dapat tipu akan driku ini,
betapa aku amat menyayangi dirinya,
semakin lama semakin kuat rasa itu menusuk dihati ku.
 
 
Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau telah mengizinkan aku untuk mencintai orang-II yg betul-II mencintai Mu lebih dari segala-II nya... 
 
Buat awk yg berada jauh  disana, maaf saya tidak dapat meluahkan perasaan sy seperti dulu, tidak dapat mengucapkan kata-II seperti dulu. Tapi yakinlah bahawa sy merindui & menyayangi  awk kerana Allah.. Sesungguhnya sy amat menjaga hati sy...
 
 
Chendering, Kuala Terangganu.
Politeknik Premier Johor Bahru,
Sem akhir... 
 
 
 
 

# Indahnya apabila kita menutup Aurat dengan sempurna ~

Assalamualikum...
 
 
# Indahnya apabila kita Menutup Aurat..:)
Didiklah adik-II & anak-II anda dari kecil lagi supaya mereka menutup aurat... insyaAllah... apabila sudah besar nanti mereka akan terbiasa dengannya...
Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya "...

~ Sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendidik mereka & mengajar mereka bagaimana untuk menutup aurat dengan sempurna. Dan kita adalah contoh kepada mereka ~







^_^
Sekadar perkongsian..