nak jadi photographer? blh ke?




..
 
 
 
 
kadang-kadang terasa post ni yang ini akan mendatangkan rasa kegelian didada pembaca-pembaca blog ni.. yelah.. kalau tgk tajuk pom da tahu da kan
.
 
 
Ya Allah.
Dekatkanlah diriku dengan orang yang mendekatkan dirinya padaMu.

Ya Allah,
Jika aku mencintai, jadikanlah cintaku kerana-Mu.
Jika aku merindui, jadikanlah rinduku kerana-Mu.
Jika aku sedih, sedihku kerana-Mu.
Jika aku marah, marahku kerana-Mu.
Jika aku berharap, harapanku hanya pada-Mu.

Hasbunallah wanikmal wakiil..  

Tuntutlah Ilmu

.
 
 
Barang siapa yang menuntut ilmu untuk kehidupan akhirat,
Berjayalah ia dengan kelebihan mendapat petunjuk;
Maka tercapailah keelokan pada apa yang dituntutnya,
Bersama kemuliaan tercapainya makna seorang hamba. 

Aku mengadu pada Waqi’ teruknya hafalanku,
Lantas dia memintaku meninggalkan maksiatku;
Dia memberitahuku akan sesungguhnya ilmu itu cahaya,
Dan pastinya cahaya Allah tidak akan memberi hidayah pada pelaku maksiat.
Mari kita ambil ibrah dari kalam Al Imam As Shafie Rahimahullah..:) 

Dimana kita menghabiskan masa kita?

..
 
 
 
 
 
Habiskan Masa di Facebook dan twitter lebih banyak dari masa dengan Al-Quran. Asyik nak cek notification di whatsapp saja. Bila ditanya kenapa Islam lambat menang?
Bagaimana nak cepat menang jika masa dihabiskan dengan facebook. Masa dihabiskan dengan twitter. Masa dihabiskan dengan game 'POU'. Sedang mereka, saudara Islam kita di Mesir, Palestin, Syria dan lainnya sedang bertungkus lumus berjihad menegakkan agama sehingga terkorban di jalan Allah.

Pemuda hebat dan 'style' bukan pemuda yang paling 'up to date' dengan fesyen, bukan juga dengan gadget, bukan juga dengan status berpuluh ribu orang like, bukan juga dengan awek cun keliling, bukan juga dengan 'ayat power' mengayat perempuan, bukan juga dengan yang paling banyak 'duit'.

Tapi pemuda yang hebat dan 'style' itu adalah yang bersederhana apabila berpakaian, berpengetahuan luas ilmu agama, menghabiskan waktu memikirkan untuk membantu ummah dan menegakkan Islam di atas muka bumi, berlaman sosial juga tapi hanya 'ala kadar' dengan tujuan berdakwah, yang sentiasa cuba memberi terbaik untuk ALLAH dan Rasulnya..
Moga Allah teguhkan iman-iman kita dan tetapkan hati kita untuk tetap rajin beribadah. Hasbunallah wanikmal wakiil. 

Taubat seorang Hambanya?

.
 
 
 
Tahukah anda?

Sahabat yang baik itu, ialah yang berani mengejut anda pada waktu subuh untuk solat subuh bersama.. 

Bukan yang membiarkan anda tetap tidur lena diatas katil.

Dan tahukah anda?

Sesungguhnya Allah itu LEBIH GEMBIRA untuk menerima taubat hamba hambaNya melebihi dari kegembiraan seseorang yang menjumpai kembali untanya yang hilan di tengah gurun. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Astaghfirullah for yesterday past,
Alhamdulillah for today,
InsyaAllah for tomorrow..
Raise your IMAN,
To raise Jannah..  

Aq Pendosa?

.
 
 
The best sinner is the one who REPENT.

Sebaik-baik pendosa ialah pendosa yang BERTAUBAT dari dosa-dosanya.

"...sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu)..." 
(Surah Al-Baqarah, 186)

Allah itu hampir.. Allah..Allah..  

Mengapa ?

 
 
 
 
Apabila ditanya kepada mereka,

"Mengapa kamu tidak mahu memahami Islam?"
"Mengapa kamu tidak mahu menutup aurat"? 
"Mengapa kamu mengabaikan solat?"

Lalu dijawab mereka, 

"Belum sampai seru la awak"
"Aku belum kuat lagi la bro."
"Hidayah tu belum sampai lagi kat ceq.doa2 la ceq dapat hidayah naa"

Kekuatan dan hidayah itu tidak akan sampai jika kamu tidak BERUSAHA MENCARI nya. Bilakah kekuatan itu akan dtg? Bayangkan Allah tarik nyawa ketika mana kita belum bertaubat, lalu dijawab depan Allah kelak.

"Ya Allah, aku ketika di dunia belum ada kekuatan nak berubah,tapi sekarang setelah aku melihat seksaan, azabMu,maka sekarang aku telah percaya! Kembalikan aku ke dunia Ya Allah! Supaya aku dapat bertaubat dan benar2 beribadah padaMu!

Namun, ketika itu... Telah tertulis di dalam Al-Quran kalam Allah,
"(Alangkah ngerinya) jika engkau (hai Muhammad) melihat nanti (di Akhirat) ketika orang-orang yang berbuat jahat itu sama-sama menundukkan kepala mereka di hadapan Tuhan mereka sambil berkata: Hai Tuhan kami, kami sudah melihat dan sudah mendengar, maka kembalikanlah kami (hidup kembali di dunia), kami akan berbuat yang baik-baik, kerana sesungguhnya kami sudah yakin".
(as-Sajadah: 12).

*moga kita semua tergolong dikalangan orang yang sedar dan berusaha bergerak merubah diri. AllahuAkbar... AllahuAkbar..  

Ayuh ! Jom berdakwah ! Aim to the Jannah ! InsyaAllah :-)

 
 
 
 
InsyaAllah, berdakwah di facebook/twitter/blog atau alam maya yg lain PASTI ada ganjarannya dari Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pemurah... 

"Sungguh,Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun seberat zarah..." (An-Nisa,40)

Pasti ada bahagian dari Allah untuk sahabat-sahabat yang berdakwah melalui alam maya. Memandangkan generasi sekarang ialah generasi yang celik IT dan generasiyang selalu berada di alam maya, boleh dikatakan ALAM MAYA adalah asset penting untuk menarik anak-anak muda minat akan ISLAM. Pengalaman ana sendiri, facebook merupakan salah satu titik bermulanya penghijrahan ana.. Tertarik dengan status-status agama seterusnya mencari AGAMA kembali..

Oleh itu. tulislah perkara-perkara yang bermanfaat buat agama, dunia dan akhirat..Boleh jadi, status kita itu mengubah seseorang kembali kepada Allah...wallahualam..