KOLEJ KU YG INDAH..

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

KTD,
walaupun kau tak cantik seperti IPT lain,
Tapi bagi kami kaulah yang terbaik!
Dan kaulah paling cantik,
Kau mengajar kami dan sentiasa mengingatkan kami agar Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..

KTD,
Walaupun ada orang kata kau kilang,
Ya! kau memang kilang!
Tapi bagi kami kau kilang memproses manusia agar sentiasa taat dan patut pada Allah!

KTD,
Walaupun kawasan sekitarmu tak seluas IPT lain,
Tapi kau punya Ilmu yang luas lagi luas terbentang yang engkau hendak sampaikan pada kami,
Engkau tak pernah penat, jemu untuk menyuap ilmu2 mu kepada kami,

KTD,
Walaupun bangunan2 kau tak tinggi2 seperti IPT lain,
Tapi kau punya harapan yang tinggi pada kami,
Agar kami berjaya di dunia dan di akhirat,
Bagi kami kaulah KOLEJ TERBAIK DUNIA!!


Khas buat mu::::.............

Mak, saya nak kahwin.

Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak, saya nak kahwin.

berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Mak, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.

Mak, saya nak kahwin.

Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.

Mak, tapi apakan daya saya hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh umi dan abah juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin...


just bce je.. sje je na kongsi ap yg aq dpt ni..



Assalamualaikum…
Entry ni kita bincang pasal nikah khitbah atau kahwin gantung.Bukan aku ye nak kahwin gantung ni.Aku calon pun takdo laie ni.Bosan betul la sedara asyik tanya,”Kau bila lagi Faiz,calon dah ado ke blom”…Wahai pakcik dan makcik ku blom ado laie.Nak recommend sape-sape sila kan.heheh.Buat entry ni pun sebab sepupu aku baru kahwin.Nikah khitbah ni.
Aku cuma nak bincang pasal kahwin gantung dari segi pro and cons dia.Bagi aku kahwin gantung ni memang bagus.Yela kos tak banyak sangat.Nak buat majlis kahwin biasa bukan sikit. At least 30k tak lari.Kadang-kadang orang yang nak kahwin ni bukan tak mampu.Cuma wang terkumpul untuk majlis kenduri takde.Betul la cakap sepupu aku tu,”Bila dah suka sama suka apa nak ditunggu lagi,kahwin je la.”…Dia dah kerja walaupun aku tengok belum stable lagi.Tapi boleh la tanggung isteri sikit dengan gaji dia.
Sekaarang ni couple ni dah macam perkara wajib aku tengok.Ada yang bahas tentang isu couple haram la.Kebanyakan aku tengok couple ni memang dah jatuh haram pun.Dia buat couple dia tu dah macam suamiisteri pulak dah.Pegang sana sini.Ada tu bertudung,sopan tapi sebab dieorng mengamalkan prinsip kasih-sayang macam dah kahwin semua benda nak buat.Pegang sana sini.Tolong pukul punggung la sebab ada habuk.Aku paling tak boleh terima kalau ada orang terlanjur alasan dia,”Dia janji nak kahwin dengan saya nanti”..Tula bahana berkasih sayang sangat…Bila orang dah besar tak payah la kita nak tegur banyak-banyak.Dah bosar panjang dah.Sendiri boleh fikir baik buruk.Bila dah jadi apa-apa sendiri tanggung la.
So,nikah khibah ni atau kahwin gantung ni salah satu jalan penyelesaian untuk elak zina dan dosa lain.Tapi takdela aku galakkan semua orang nak kahwin gantung.Kita kena fikir gak dari segi kewangan kita.Mampu ke nak bagi anak orang tu makan nanti??Memang bab kahwin dah lepas.Dah sah.Tapi tanggungjawab sebagai suami tu kena fikir gak dari segi nafkah.Cuma dalam hal ni kalau suami tu kurang mampu.Kena si isteri bantu sekali.Saling bantu- membantu.Jangan la amalkan konsep.Duit ko duit ko.Duit aku duit aku.Tak faham betul aku tengok pasangan suami isteri yang asing-asing duit ni.Bukan apa.Nak asing boleh untuk simpanan tapi kalau dah suami terdesak apa salah dibahagi sikit gaji tu sikit.
Keburukan kahwin gantung ni cuma satu je.Mungkin ada orang tak tahu yang orang tu dah kahwin.Mungkin boleh bawak fitnah.Selalunya orang kahwin gantung ni dia akan buat makan ala-ala open house je untuk family.Jiran-jiran tu takde diajak.Tapi sepupu aku akan buat kenduri gak nanti tahun depan.Cuma satu persoalan aku yang takde kena mengena dengan kahwin gantung ni.Kenapa ramai orang kahwin sehari sebelum tunang dulu??Nape kena ada majlis pertunangan?Kahwin terus apa salahnya kan.Ni mesti adat punya pasal kot.Layan kan saje.

Saat aku kenal dunia

Assalamualaikum membuka bicara...

Tanggal 1.4.1992 seorang insan dilahirkan hasil kasih sayang ayah & bonda tercinta. Saya dilahirkan dari rahim seorang insan yang sangat kuat semangatnya walau nampak ayu pada luarannya,itulah ibuku yang bernama Fatimah binti Abdul Rahman. 
  
Tak dapat saya sebagai seorang anak membayangkan macam mana keperitan yang ibu saya tanggung sewaktu ibu nak melahirkan saya di muka bumi Allah ini.Alhamdulillah sekarang ini iaitu pada hari semalam genap la umur saya 20 tahun.


Apa saya nak tekankan di sini ialah saya ibu saya janji pada diri saya sendiri insyaAllah dengan izin Allah saya nak jaga ibu & ayah macam mana ibu ayah jaga saya waktu saya sebesar tapak tangan sehingga lah sekarang, saya mohon pada Allah supaya sebelum saya lelapkan mata buat selamanya bia lah Allah izinkan saya untuk hantar ibu & ayah ke Tanah Suci Makkah, itu harapan saya sebelum saya di panggil oleh Allah . Saya tahu tak akan dapat saya membalas jasa & pengorbanan ibu ayah pada sya selama ini ....
SAYANG IBU DAN ALLAH SAMPAI AKHIR HAYAT!!!
SYUKUR YA ALLAH