Pertemuan kite & awak

jodoh pertemuan ajal maut semua itu hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.
    pertemuan aku dengan dia aku terima dengan penuh syukur. pertemuan yang tak pernah di rancang namun Allah mengaturkan semuanya untuk setiap hamban-Nya. 
       pengenalan permata membuat hati ini ingin mengenali dia dengan lebih erat/akrab. dari hari ke hari, dari sebulan ke sebulan sentiasa berkongsi rasa & perasaan membuatkan kasih sayang & cinta semakin kuat dalam diriku kepada dia.
         bagi diriku mengenali dia membuatkan ku semakin berani untuk melangkah ke step yang berikutnya iaitu memberi tahu pada dia yang aku ingin menjadikannya sebagai suri di hati ku ini(isteri).
Niat ku tanam seikhlas mungkin untuk melamarnya menjadi pemilik tulang rusuk ku. setiap kali selepas menunaikan kewajipan ku sebagai hamba-Nya doa supaya tetapkanlah kasih sayang & cinta antara aku dengan dia biarlah sampai ke akhir hayat ku ini.

 dia selalu mengatakan dia tak sempurna,bagi dirik ku setiap manusia tiada yang sempurna kan?
 bagi diriku sejujurnya aku mengakui yang hati aku sangat menyintai dia sepenuh hati.
Ya Allah tetapkanlah hati kami bersama sampai ke nafas yang terakhir buat diri kami .

kekurangannya tak ku pandang,kelebihannya penambat hatiku ...
* carilah titik keserasian dalam diri kita & dia, jangan cari kekurangan dalam diri pasangan anda *

Ya Allah jadikan dia yang terbaik untuk diriku di dunia mahupun akhrat kelak.

 doa kan kami,
insyaAllah kami akan bernikah dalam masa terdekat..
Ya Allah aku panjatkan doa ku hanya padamu Maha Pencipta 


1 comment:

  1. insyaallah...setiap pertemuan memberi seribu makna...andai makna itu dapat dirungkaikan...terciptalah satu ikatan yang sah antara kau dan dia... ^_^

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim..
leave words here..
may Allah bless u..