Hari Ibu



perkataan yang kte selalu dengar ibu mampu menjaga 10 orang anak tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu
untuk mengetahui kenyataan tersebut benar atau salah tepuk dada tanya hati kita yang paling dalam
insyaAllah kita akan menemui jawapannya
hanya kita yang tahu mampu atau tidak kita sebagai seorang anak untuk menjaga seorang insan yang bernama ibu.
pada zaman sekarang semakin kritikal kes ibu bapa di hantar ke rumah-rumah kebajikan
adakah kita tahu betapa besarnya PENGORBANAN seorang ibu
dari saat dia mengandungkan kita
membawa kita ke mana sahaja selama 9 bulan
adakah kita tahu betapa beratnya kita di dalam perot ibu
tapi tidak pernah terlintas dalam hati ibu untuk membuang kita dari rahimnya itu
walaupun dari segenap sudut tekanan dan dugaan yang menimpa
ibu tidak pernah dan tidak sedikitpun menguluh
bahkan kesakitannya bertambah tatkal tiba saat kita untuk dilahirkan
kesakitan yang dihadapinya tak terkira
hanya Allah yang tahu betapa sakitnya ibu bila kita dilahirkan

tapi tanya pada diri kita sudah berapa banyak dan berapa kali kita telah menyakiti hatinya!
berapa kali kita tidak mendengar cakapnya!
berapa kali kita melawan cakapnya!
berapa kali kita tidak menghiraukan tegurannya!
berapa kali kita menenkingnya!

wahai anak-anak sekalian termasuk saya sendiri
renunglah sejenak pengorbanan seorang ibu
dari saat dia nak mengandungkan kita
hinggalah dia nak melahirkan kita ke dunia yang fana ini
pernahkah kita melakukan ini semua?
Pernahkah kita memikirkan perasan ibu kita tatkala kita tidak mendengar katanya?
Pernahkah kita pikir betapa beratnya tanggungjawab sebagai ibu?
Pernahkah kita tanya ibu sihat atau tidak?
Pernahkah kita tanya ibu da makan ke belum??

Tapi bagi seorang ibu dia rela kelaparan semata-mata nak tengok anaknya makan
seorang ibu sanggup mengadai itu ini demi anaknya
sanggup bersusah payah demi anaknya yang dicintai itu

sejak dari kacil lagi tangan ibulah yang membelai kita
tangan ibulah yang menhayung buaian untuk kita
tangan ibulah yang membasuh najis kita
tangan ibulah tatkala malam menghalau nyamuk dari mengigit kita
tangan ibulah yang menenangankan kita di waktu kita gelisah

ibu
tempat kita meluahkan masalah
tempat meminta wang
tempat nasihat bagi kita

namun sayang seribu kali sayang
setelah dewasa kita mengabaikan ibu kita
makan minum ibu tidak terurus
pakaian ibu tidak berbasuh
ibu memakai pakaian yang lusuh
adakah kita sebagai seorang anak pernah memikirkan itu semua???
tanyalah diri kita wahai anak-anak sekalian

walaupun dengan itu semua ibu tidak pernah mengeluh atau merayu bantuan dari anaknya kerana ibu tidak sanggup menyusahkan anaknya
tidak ada ibu yang mahu melihat anaknya susah kerana mereka


dengan itu wahai insan-insan yang bergelar sebagai seorang anak marialah kita merenung sejenak apakah yang kita dah lakukan untuk ibu kita?
adakah ianya setimpal dengan jasa ibu kepada kita?
adakah kita sanggup mati kerana ibu kita???

marialah kita peluk ibu kita erat-erat
gengam tangan ibu kita sekuat hati
mohonlah seribu kemaafan dari ibu kita
kerana syurga kita sebagai seorang anak adalah di bawah telapak kaki ibu
keinsafan seorang anak cahaya yang indah untuk seorang ibu.

Sempena hari ibu
Hari ibu adalah hari-hari
hargai ibu anda !!!
                                            


No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim..
leave words here..
may Allah bless u..