Mengapa ?

 
 
 
 
Apabila ditanya kepada mereka,

"Mengapa kamu tidak mahu memahami Islam?"
"Mengapa kamu tidak mahu menutup aurat"? 
"Mengapa kamu mengabaikan solat?"

Lalu dijawab mereka, 

"Belum sampai seru la awak"
"Aku belum kuat lagi la bro."
"Hidayah tu belum sampai lagi kat ceq.doa2 la ceq dapat hidayah naa"

Kekuatan dan hidayah itu tidak akan sampai jika kamu tidak BERUSAHA MENCARI nya. Bilakah kekuatan itu akan dtg? Bayangkan Allah tarik nyawa ketika mana kita belum bertaubat, lalu dijawab depan Allah kelak.

"Ya Allah, aku ketika di dunia belum ada kekuatan nak berubah,tapi sekarang setelah aku melihat seksaan, azabMu,maka sekarang aku telah percaya! Kembalikan aku ke dunia Ya Allah! Supaya aku dapat bertaubat dan benar2 beribadah padaMu!

Namun, ketika itu... Telah tertulis di dalam Al-Quran kalam Allah,
"(Alangkah ngerinya) jika engkau (hai Muhammad) melihat nanti (di Akhirat) ketika orang-orang yang berbuat jahat itu sama-sama menundukkan kepala mereka di hadapan Tuhan mereka sambil berkata: Hai Tuhan kami, kami sudah melihat dan sudah mendengar, maka kembalikanlah kami (hidup kembali di dunia), kami akan berbuat yang baik-baik, kerana sesungguhnya kami sudah yakin".
(as-Sajadah: 12).

*moga kita semua tergolong dikalangan orang yang sedar dan berusaha bergerak merubah diri. AllahuAkbar... AllahuAkbar..  

No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim..
leave words here..
may Allah bless u..