^ Our hearts belong to Allah ^

Assalamualaikum..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..




Allahu Akbar..Allah Maha Besar..Segala Puji Bagi Allah..Allah kekuatanku..Allah sandaranku..hanya Allah yang memahami dan mengerti segalanya tentang hati kerdil ini.. 

Apa khabar anda semua?

 hee... maaf... ana sebenarnya tidak tahu mcm mne na mulakan entri yang ini
 kalau diikutkan tajuk dekat atas nih macam best je kan dan senang untuk
 di BAHASKAN tetapi bagi ana tidak..

" HATI KITA MILIK ALLAH "..

Bila kita melihat kembali tajuk di atas apakah yang berada difikiran kita?

Ada sekali semasa usrah dijalankan tajuk ini telah diketengahkan... Ada yang tertanya dan berkata  " Memanglah hati aku nih milik Allah, dah tuh KENAPA? "

Pernah tak kita terfikir kenapa Allah memberi kita sekeping HATI

KENAPA  dan MENGAPA?

Sebab Allah tahu manusia nih perlukan sekeping HATI untuk saling sayang menyayangi, dan tanpa SEKEPING  HATI  manusia mungkin tidak dapat hidup  di atas muka bumi... dan jika hidup pun hanya dengan IZIN dari Nya shaje... tapi pernah kah kita dengar?

Berbalik semula kepada soalan diatas. Mengapa Allah beri kita sekeping hati?

Sebab Allah nak tegok bagaimana kita menjaga hati tu. Bagaimana kita memberi makanan kepada hati kita ? Apa makanan yang kita bagi supaya hati itu sentiasa membawa kita ke arah kebaikan? Kepada siapa kita menyerahkan hati kita ? 

Kadang-kadang bila kita dah kecapi kenikmatan didunia ini kita jadi leka dan lupa untuk   menjaga sekeping HATI. Kita kotorinya dengan bermacam-macam perkara mazmumah dan kita lupa untuk memberinya makan-makanan kebaikan.

Dan sekarang apabila kita melihat kembali dunia sekarang, macam-macam telah berlaku, semuanya berpunca daripada sekeping hati yang tidak kita jaga dengan baik..

Seperti hadith Rasulullah s.a.w:

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”


Dan haruslah kita ingat bahawa HATI KITA INI MILIK ALLAH... Kita haruslah menjaganya dengan elok.. Jangan kotoriny dengan bermacam-macam perkara mazmumah kerana jika rosak hati itu maka seluruh anggota kita akn rosak juga kerana hati lah merupakan punca kepada semua perbuatan..

Ana tertarik dengan kata-kata ini..

 Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai menyertainya..
Andai pejuangan ini singkat,pasti ramai istiqamah...
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,pasti ramai tertarik dengannya..
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu..
Turun naiknya,sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tak terhingga...
Andai rebah, bangkitlah semula...
Andai terluka, ingatlah janjinya...



 P/S :Kata-kata inilah yang selalu kuatkan semangat ana untuk terus istiqamah dalam jihad ini.Kekadang diuji hingga jatuh terduduk hinggalah mengeluh dan menangis.Tapi ana bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang tak pernah jemu-jemu beri semangat dan kekuatan.Jika ana sorang, tak terubat kesakitan ini.Inilah kemanisan yang Allah janjikan.Rasulullah pernah berpesan,"Jika kamu belum berasa sedih hari ini,kamu masih belum berdakwah apa-apa pun lagi".Ya Allah, takut jika hati ini telah banyak dikotori oleh dosa-dosa dan noda-noda hitam.Di waktu malam sebelum tidur, ana memikirkan apa yang dah ana buat hari ini?Astaghfirullah.Ana masih lagi berasa senang dan masih mampu ketawa sedangkan tiada sedikitpun dakwah rasulullah ana buat.Begitu jauh hati ini dari rahmatNYA.Ke mana rasa sayang ana pada rasulullah?Persoalan ini acap kali hadir di hatiku.















 # Ingatlah...HATI adalah pemberian dari Allah perlulah dijaga dan dikawal dengan rapi agar ia tidak dikotori dan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok :)



3 comments:

  1. yer lah tajuk mcm senang tp nk membahaskan nyaaa ...

    http://myaleo.blogspot.com/2012/12/walimatulurus-abg-hakim-kak-eija.html

    ReplyDelete
  2. baru na sambung tapi rasenya malam karang baru sambung pasal tajuk sebab na kejar pg kelas sekarang... tq ya... May Allah bless us...

    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . entry yang sangat bermanfaat :)
    jenguk sini pula jum :http://mysupperduppersite.blogspot.com/

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim..
leave words here..
may Allah bless u..