SAHABATKU


SAHABAT
kau memberi maksud dan makna yang sangat mendalam dalam diri ini,
kau memberi kekuatan dalam hidup ini ,
kau kekuatan kami apabila kami berjauhan dengan keluarga,


Dia lah keluarga kita apabila di perantauan,
Dialah pembakar semangat kita,
Dia membangkitkan kita tatkala kita sedang jatuh,
Dia disisi pabila kita kesunyian,


Kau juga ibarat sepasang tangan apabila tangan kiri terluka Kau usap kesakitan tangan kiri itu,
Sahabat setiap orang memerlukan mu oh sahabat,


tanpamu sudah lama ku rebah menghempap bumi,
tanpamu sudah lama ku berputus asa,
tanpamu ku sentiasa dalam kesunyian sahabat.


Ku amat memerlukanmu sahabat
kau ibarat
tv dengan remote,
sungai dengan air,
tiang debgan bangunan,
aur dengan tebing.

ku mahu kau sentiasa disisi ku oh SAHABAT





                                               SAHABAT TIADA GALANG GANTINYA

IBUKU SAYANG

IBU

Anakmu ini sangat merinduimu,

Namun apakan dayaku yang jauh di perantauan,

Sesungguhnya setiap saat &detikku inginku habiskan bersamamu IBU

Namun apakah kuasaku untuk lakukan itu semua,

IBU

Engkau seorang insan yang sangat istimewa bagiku,

Engkau seorang insan yang tabah &kuat menempuhi segala renjau kehidupan dalam membesarkan kami anakmu,

Engkau tidak pernah mengenal erti penat & lelah,

Engkau sanggup berkorban apa sahaja demi kami anakmu IBU

IBU

Disini anakmu ini ingin memohon sejuta kemaafan darimu,

Kerana telah banyak melukakan hati & perasaanmu IBU,

Ampunkanlah dosa-dosa kami anakmu IBU

SAYA SAYANG IBU!!!

HARGAILAH SEORANG INSAN YANG BERNAMA IBU


“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.